PETALING JAYA – Kesan kemusnahan dengan bau mayat yang masih dapat dihidu menjadi bukti kepada banjir besar yang melanda tiga wilayah utama di Sumetera, Indonesia sekalipun bencana itu sudah dua minggu berlalu. Di sebalik timbunan lumpur tebal dan runtuhan kediaman, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sehingga kini masih berjuang menjejaki mangsa yang hilang, manakala penduduk pula bergelut untuk bangkit daripada krisis kehidupan pasca banjir. Sukarelawan Pertubuhan Antarabangsa Al-Ain Malaysia (AIM), Salman Al Farisi Muhammad yang berada di Padang, Sumatera Barat……














