fbpx
GAMBAR tidak bertarikh menunjukkan kapal tangki Skipper. – MARINE TRAFFIC

AS rampas kapal tangki bawa minyak Venezuela

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON –  Presiden Donald Trump mengesahkan Amerika Syarikat (AS) merampas sebuah kapal tangki minyak di luar pantai Venezuela, tindakan yang  berisiko meningkatkan ketegangan dengan Caracas, lapor saluran berita CNN.

“Seperti yang anda mungkin tahu, kami (AS) baru sahaja merampas sebuah kapal tangki di luar pantai Venezuela,” kata Trump. 

“Kapal tangki besar, sangat besar, yang terbesar pernah kami dirampas,” tambahnya.

Ditanya apa yang akan berlaku kepada minyak yang diangkut kapal terbabit, Trump berkata:  “Saya rasa kami akan menyimpannya.”

Peguam Negara, Pam Bondi kemudian menyiarkan rakaman video di paltform X memaparkan anggota-anggota tentera AS lengkap menyerbu kapal tersebut. 

“Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Siasatan Keselamatan Dalam Negeri dan Pengawal Pantai AS dengan sokongan Jabatan Perang, melaksanakan waran rampasan untuk kapal tangki mengangkut minyak yang disekat dari Venezuela dan Iran,” kata Bondi.

“Selama bertahun-tahun, kapal tangki minyak itu dikenakan sekatan oleh AS kerana penglibatannya dalam rangkaian perkapalan minyak haram yang menyokong organisasi pengganas asing,” tambahnya.

Kapal tangki itu, kata Bondi, dirampas di perairan antarabangsa dengan operasi dilakukan  tanpa insiden atau korban sama ada dalam kalangan kakitangan AS atau anak kapal.

Kapal dinamakan Skipper itu membawa minyak mentah Venezuela dan sebelum ini dikaitkan dengan minyak Iran. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN