fbpx
Keadaan Perodua Bezza yang rosak akibat dilanggar treler di Plaza Tol Kota Kemuning, Kesas malam tadi.

7 terselamat dirempuh treler di Plaza Tol Kota Kemuning

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun antara tujuh individu terselamat selepas dua kenderaan dinaiki mereka dilanggar sebuah treler di Plaza Tol Kota Kemuning, Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) di sini, malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 9.17 malam berhubung insiden berkenaan.

Katanya, sepasukan tujuh anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam bergegas dan tiba di lokasi kejadian kira-kira 11 minit kemudian.

“Komander operasi melaporkan kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan dengan sebuah treler telah merempuh pondok tol.

“Treler tersebut juga melanggar dua buah kereta masing-masing jenis Perodua Bezza dan Proton Wira yang dinaiki dua buah keluarga,” katanya hari ini.

Jelasnya, tujuh mangsa termasuk seorang wanita yang bertugas jurutol terselamat.

Difahamkan kanak-kanak lelaki dan jurutol berkenaan yang cedera ringan dibawa ke Hospital Shah Alam untuk rawatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN