fbpx
Ah Hin maut di lokasi kejadian selepas terlibat kemalangan dengan sebuah treler di Batu 3 Jalan Gurun-Jeniang, dekat Sungai Petani hari ini.

Warga emas maut motosikal bergesel treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI PETANI – Seorang lelaki warga emas maut dalam keadaan tragis selepas motosikal yang dia tunggang terlibat kemalangan dengan sebuah treler di Batu 3 Jalan Gurun-Jeniang, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu, mangsa, Teh Ah Hin, 79, tersepit di bawah tayar treler sebelum disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah pada kepala dan badan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan S. Saravanan berkata, kemalangan berlaku ketika treler dan motosikal yang ditunggang mangsa dalam perjalanan dari arah Gurun ke Jeniang.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal jenis Yamaha LC ditunggang Ah Hin yang berada di lorong kiri tiba-tiba memasuki lorong kanan.

“Akibat jarak yang terlalu dekat, pemandu treler tidak sempat mengelak lalu bergesel dengan motosikal sehingga menyebabkan mangsa terjatuh dan tersepit di bawah tayar treler,” katanya di sini hari ini.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim di sini untuk proses bedah siasat, manakala pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI