fbpx
Anggota penguat kuasa MDB menyita peralatan karaoke di sebuah kedai makan di Kampung Pulau Kambing, Kandis dekat Bachok pada Ahad lalu. Foto MDB

Warga emas Bachok tidak serik, buka pusat karaoke tanpa kebenaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BACHOK – Pusat karaoke haram yang berselindung di sebalik sebuah kedai makan terbongkar selepas Majlis Daerah Bachok (MDB) menjalankan serbuan di premis tersebut di Kampung Pulau Kambing, Kandis di sini pada Ahad lalu.

Operasi yang dijalankan oleh sembilan anggota penguat kuasa MDB itu bermula pukul 9 malam hingga 1 pagi dengan menyasarkan sebuah premis milik seorang lelaki warga emas berusia 65 tahun yang dipercayai berulang kali menjalankan aktiviti hiburan tanpa kebenaran.

Setiausaha MDB, Mohd. Khairul Adzhar Mohd. Adnan berkata, pemeriksaan mendapati premis tersebut turut dijadikan pusat karaoke apabila pihaknya menjumpai peralatan hiburan di dalam kedai tersebut.

“Barangan yang disita antaranya lapan pembesar suara, dua televisyen, satu monitor, mikrofon, kerusi, pengadun kuasa (power mixer), unit pemprosesan pusat (CPU) komputer dan papan kekunci dengan nilai anggaran keseluruhan melebihi RM10,000.

“Pemilik premis turut dikenakan kompaun maksimum sebanyak RM2,500 di bawah Seksyen 7(1) Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan (Kelantan) 2025 kerana menjalankan hiburan tanpa kelulusan,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Pejabat MDB, di sini hari ini.

Mohd. Khairul Adzhar memberitahu, tindakan sitaan penuh akan dilaksanakan sekiranya pemilik terus mengulangi kesalahan sama, memandangkan premis terbabit dipercayai sudah beberapa kali dikenakan tindakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN