fbpx
Tangkap layar hantaran video di TikTok oleh @dhiya.zainal

[VIDEO] ‘Belum pernah lagi beli tong gas dapat budak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Gelagat seorang kanak-kanak lelaki yang tersangkut di tong gas sehingga terpaksa dibawa ke Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang, Johor mencuri tumpuan pengguna media sosial.

Menerusi perkongsian di TikTok oleh @dhiya.zainal, kelihatan beberapa anggota bomba sedang berhati-hati mengeluarkan kaki kanak-kanak tersebut yang terperangkap di tong gas berkenaan.

“Terima kasih abang dan kakak bomba Pasir Gudang berusaha mengeluarkan adik Hariz. Sangat cekap dan efisyen. Aduhai anak bertuah ummi ayah. Pengalaman sungguh. Panjang akalmu nak, dibuatnya ‘baby seat’ tong gas tu,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai yang rata-rata turut terhibur dengan gelagat kanak-kanak tersebut.

“Selalu gas hijau saja saya guna. Tidak tahu pula beli gas merah ada hadiah percuma budak,” komen Adi Jabar.

“Belum pernah lagi beli gas dapat budak,” kata Amin Chenta.

“Ingat senang ke nak kerja minyak dan gas kalau tak berlatih dari kecil,” komen @mycrossborderbiz – KOSMO! ONLINE

@dhiya.zainal terima kasih Abg akak bomba Pasir gudang berusaha mengeluarkan Dak ncem hariz.sgt cekp Dan efisyen..aduhai ank bertuah ummi ayah..pemgalaman sugguh..panjang akalmu nak dibuatye baby seat tong gas Petron tu.. #bombapenyelamatpasirgudang #muhammadharizalhakim #anakbertuahummiayah ♬ original sound – Dhiya Zainal

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI