fbpx
BARISAN pemain ragbi 7s lelaki berada pada semangat dan keyakinan terbaik menghadapi Sukan SEA kali ini.

Sukan SEA: Bunga Raya wajib menang dua aksi awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SKUAD ragbi tujuh sebelah (7s) lelaki menggalas misi cukup besar pada temasya Sukan SEA Thailand 2025 apabila meletakkan sasaran untuk merampas semula pingat emas dimenangi ketika edisi Kuala Lumpur 2017.

Berdasarkan prestasi semasa dipamerkan pemain-pemain negara, Malaysia memiliki peluang cukup cerah untuk sekurang-kurangnya melangkah ke perlawanan akhir bagi memastikan pingat perak dalam genggaman.

Bagaimanapun, harapan skuad Bunga Raya pastinya untuk membawa pulang kilauan pingat emas, sama seperti disasarkan Ragbi Malaysia (MR) selepas sukan itu tidak dipertandingkan dalam dua edisi terdahulu.

Ketua jurulatih skuad 7s lelaki negara, Nik Safuan Ismade Nik Man berkata, sasaran mereka adalah untuk mencatat dua kemenangan awal dalam aksi liga sepusingan bagi mencerahkan peluang ke pentas final.

“Memang sasaran utama untuk melayakkan diri ke perlawanan akhir dan ia realistik bagi pasukan kali ini. Bagaimanapun, ia sedikit berbeza kerana ada perubahan dari segi format kejohanan.

“Kita mengharapkan aksi terbaik untuk melayakkan diri ke pentas final. Kita akan bertemu Singapura, Filipina dan Thailand pada hari pertama, jadi perlu menang sekurang-kurangnya dua perlawanan untuk ke final,” katanya.

Sebagai rekod, kali terakhir Malaysia memenangi pingat emas dalam acara ragbi 7s lelaki pada edisi 2017 di Kuala Lumpur selepas menewaskan Singapura 22-7 di perlawanan akhir.

Tambah Nik safuan, mereka perlu berwaspada dengan ancaman Thailand yang akan turun beraksi sebagai tuan rumah selain Singapura yang sudah melakukan persiapan selama dua tahun untuk Sukan SEA.

“Kalau diikutkan, pencabar utama kita adalah Thailand tetapi kita tidak boleh ketepikan Singapura kerana mereka sudah melakukan persiapan lebih kurang dua tahun. Satu lagi yang perlu kita berwaspada adalah Filipina,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN