fbpx
Penduduk menaiki kenderaan untuk berpindah susulan pertempuran di sepanjang sempadan Kemboja-Thailand di wilayah Siem Reap semalam. - AFP

Setengah juta orang lari dari sempadan Thailand-Kemboja 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Lebih 500,000 orang melarikan diri ke tempat selamat di Thailand dan Kemboja sejak konflik sempadan tercetus semula, kata kedua-dua kerajaan hari ini, melebihi jumlah keseluruhan yang dipindahkan semasa pertempuran serupa awal tahun ini.

“Orang awam terpaksa berpindah dalam jumlah yang besar kerana ancaman ke atas keselamatan mereka. 

“Lebih 400,000 orang telah dipindahkan ke tempat perlindungan selamat di tujuh wilayah,” kata jurucakap Kementerian Pertahanan Thailand, Surasant Kongsiri pada sidang akhbar.

“Kami mahu mencegah berulangnya serangan ke atas orang awam yang dialami pada Julai lalu,” tambahnya.

Di Kemboja, jurucakap Kementerian Pertahanan, Maly Socheata berkata, seramai 101,229 orang dipindahkan ke tempat perlindungan selamat dan rumah saudara-mara mereka di lima wilayah setakat petang semalam.

Pertikaian dua negara jiran di Asia Tenggara itu berpunca daripada penandaan sempadan 800 kilometer dari zaman penjajahan, di mana tuntutan bertindih terhadap kuil bersejarah merebak menjadi konflik bersenjata.

Pertempuran minggu ini merupakan yang paling dahsyat sejak pertempuran lima hari pada Julai lalu yang mengorbankan berpuluh-puluh orang dan menyebabkan kira-kira 300,000 lagi kehilangan tempat tinggal di kedua-dua belah sempadan.

Ia kemudian ditamatkan selepas gencatan senjata yang goyah dipersetujui, susulan campur tangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kedua-dua pihak saling menyalahkan kerana mencetuskan pertempuran baharu, yang pada semalam meluas ke lima wilayah di Thailand dan Kemboja, demikian menurut kiraan laporan rasmi AFP. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN