fbpx
AKSI atlet taekwondo negara, Jason Loo Jun Wei-Nur Humaira Abdul Karim dalam aksi kategori beregu gaya bebas poomsae Sukan SEA Thailand 2025. GAMBAR: FARIZ RUSADIO

Sukan SEA: Malaysia mangsa pertama juri berat sebelah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Majlis Sukan Negara (MSN) kecewa dengan keputusan juri yang menjadi punca tumbangnya prospek emas negara di tangan wakil tuan rumah, Thailand di peringkat suku akhir meskipun atlet taekwondo poomsae campuran Malaysia mempamerkan persembahan bertaraf dunia.

Ketua Pengarah MSN, Datuk Jefri Ngadirin menyifatkan kontroversi yang berlaku di Dewan 3,
Fashion Island Mall itu sebagai tidak adil apabila pasangan negara, Jason Loo Jun Wei dan Nur Humaira Abdul Karim yang juga pemenang pingat gangsa Kejohanan Dunia itu dinafikan kemenangan akibat pemarkahan yang dilihat berat sebelah.

Gandingan negara itu pada asalnya menguasai gelanggang dengan 8.520 mata mengatasi pasangan Thailand, Chonlakorn Chayawatto-Thana Kiewlaider 8.460 mata, sekali gus berpeluang cerah ke separuh akhir.

Bagaimanapun, keputusan secara tiba-tiba terikat 8.460 mata, sebelum kemenangan diberikan kepada Thailand selepas dikatakan tewas tipis 0.004 menerusi markah persembahan.

KONTINJEN Malaysia menanti keputusan bantahan yang dibuat pengurus pasukan selepas atlet negara, Jason Loo-Nur Humaira Karim tewas kepada pasukan Thailand.

Jefri mengakui, walaupun sedar risiko dalam sukan subjektif, namun melihat apa yang berlaku dihadapannya itu satu tindakan tidak adil sejurus bantahan Malaysia ditolak.

“Saya memang kecewa dengan pengadilan mereka. Kita bukan hendak pastikan semua atlet kita menang, tetapi mana-mana yang membuat persembahan terbaik sepatutnya diberikan mata selayaknya.

“Walaupun kita sudah buat protes dan tewas, kita kena akur dengan keputusan akhir. Namun, ini peringatan kepada semua pengurus pasukan dan jurulatih supaya sentiasa peka dan jangan leka,” katanya ditemui hari ini.

Susulan insiden itu, Jefri mengarahkan kem negara supaya lebih agresif dan tidak menunggu lama untuk melakukan bantahan teknikal sekiranya timbul sebarang keraguan di gelanggang. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN