fbpx
Saloma Kuala Lumpur. GAMBAR HIASAN

Saloma KL ambil tindakan undang-undang susulan video fitnah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Saloma Kuala Lumpur sedang mengambil langkah undang-undang bagi melindungi kepentingan syarikat dan memastikan pihak yang bertanggungjawab terhadap penyebaran maklumat palsu dikenakan tindakan sewajarnya.

Ia berhubung beberapa dakwaan berunsur fitnah yang tular di media sosial baru-baru ini.

Pengurusan Saloma Kuala Lumpur berkata, pihaknya tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang tindakan menfitnah atau merosakkan integriti syarikat terbabit.
“Kami dimaklumkan bahawa individu tersebut, dalam satu siaran langsung, telah mengaitkan Saloma Kuala Lumpur dengan beberapa aktiviti meragukan dan tidak benar serta memberikan gambaran negatif terhadap syarikat dan operasi kami.

“Susulan daripada siaran tersebut, beberapa video pendek telah tular di platform media sosial termasuk Facebook dan TikTok, sehingga menimbulkan salah faham serta menjejaskan imej Saloma Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, situasi itu telah menyebabkan kekeliruan dan kebimbangan dalam kalangan orang awam, khususnya pelanggan setia yang selama ini menyokong perkembangan perniagaan ini.

“Bagi mengelakkan kekeliruan dan spekulasi, kami menegaskan bahawa semua kenyataan yang dibuat dalam siaran langsung tersebut adalah palsu, tidak berasas dan bermotif jahat.

“Saloma Kuala Lumpur beroperasi secara sah, mematuhi sepenuhnya undang-undang negara, dan tidak pernah terlibat dalam apa jua aktiviti yang menyalahi undang-undang,” ujarnya.

Tambahnya, tindakan yang mengaitkan aktiviti pihak-pihak lain dengan Saloma Kuala Lumpur adalah tidak bertanggungjawab dan telah menjejaskan reputasi kami. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI