fbpx
ALLY mendakwa ditumbuk lelaki warga emas. - Foto TikTok/@aliciatadah

Pelancong dakwa ditumbuk warga emas di Jepun tanpa sebab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TOKYO – Percutian gembira ke Jepun bertukar menjadi mimpi buruk bagi seorang wanita Singapura yang mendakwa dia ditumbuk pada siku oleh seorang lelaki warga emas, lapor laman berita Stomp hari ini.

Semasa berjalan di Sapporo Pole Town iaitu laluan bawah tanah, wanita berkenaan yang menggunakan nama Ally berkata, dia berada bersama enam rakan apabila kejadian itu berlaku.

Menceritakan semula kejadian itu dalam satu klip video di TikTok menggunakan akaun @aliciatadah, Ally berkata, warga emas tersebut cuba menumbuk rakannya yang berada betul-betul di belakangnya, tetapi dia sempat mengelak.

Ally menjelaskan bahawa dia  tidak berada di laluan lelaki itu,.

Namun, wanita tersebut berkata, dia tidak dapat memahami mengapa lelaki tersebut menumbuknya. 

“Kalau anda datang ke Sapporo dan berjalan di bawah tanah, berhati-hatilah dengan seorang pak cik yang mungkin menumbuk lengan anda,” katanya.

Kejadian itu mendorong beberapa netizen berkongsi pengalaman serupa di Jepun.

“Saya pun pernah ditolak oleh seorang lelaki tua di Sapporo tetapi tiada siapa peduli seolah-olah ia perkara biasa,” tulis seorang netizen.

Seorang lagi netizen menulis: “Bulan lepas, saya dicubit oleh seorang lelaki lebih berusia dalam bas dan saya membuat laporan polis.” – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN