fbpx
Azam

Ombudsman tak bertindih, hanya selesaikan aduan dan tata kelola – SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA SELANGOR – Penubuhan Ombudsman Malaysia tidak akan bertindih dengan fungsi agensi penguat kuasa sedia ada, sebaliknya bertujuan memperkemas saluran aduan dan memperkukuh tata kelola dalam perkhidmatan awam.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, kerajaan sudah menegaskan perkara itu sejak awal dan pembentukan Ombudsman dirangka dengan jelas tanpa mengambil alih peranan agensi seperti Polis Diraja Malaysia.

“Tidak ada pertindihan kuasa. Ombudsman akan fokus kepada isu keadaan seamasa dan tata kelola, bukan operasi penguatkuasaan,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan program SPRM-UiTM Inspira 2025 hari ini.

Menurutnya, Ombudsman akan menggabungkan beberapa entiti termasuk Biro Pengaduan Awam dan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguat Kuasa, sekali gus menyatukan mekanisme semakan dalaman kerajaan.

Beliau berkata, fungsi Ombudsman merangkumi penyiasatan, pencegahan, pendidikan masyarakat serta peranan dasar antirasuah yang diselaraskan bersama Jabatan Peguam Negara.

“Ombudsman bukan ambil isu secara sembrono. Kerja mereka adalah menyiasat dan menasihati jabatan untuk penambahbaikan,” katanya.

Azam turut memaklumkan bahawa Bahagian Undang-Undang kerajaan kini sedang memuktamadkan pindaan undang-undang berkaitan sebelum dijangka dibentangkan di Parlimen pada Jun tahun depan.

Beliau menegaskan penubuhan Ombudsman akan mengurangkan pertindihan proses aduan serta memastikan setiap jabatan bertanggungjawab terhadap kelemahan pentadbiran mereka.

Terdahulu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan bakal menubuhkan Ombudsman Malaysia sebagai agensi pusat yang mengendalikan dan menyelesaikan aduan awam dengan skop lebih luas, termasuk isu salah tadbir, salah laku, perlindungan pemberi maklumat serta akses kepada maklumat.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI