fbpx
Murid-murid SK Kampong Tanjong, Rembau mengukir kenangan manis melalui pasukan Kompang Anak Tanjong apabila mampu menaiki kapal terbang dari KLIA ke Kelantan baru-baru ini.

Naik kapal terbang guna wang upah bermain kompang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

REMBAU – Seramai 37 murid-murid Sekolah Kebangsaan (SK) Kampong Tanjong, di sini, mencapai impian menaiki kapal terbang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Kelantan hasil titik peluh mengambil upah bermain kompang baru-baru ini.

Pasukan Kompang Anak Tanjong di sini menggunakan sepenuhnya wang upah bermain kompang untuk merealisasikan impian menaiki pesawat.

Penyelaras lawatan berkenaan yang juga guru sekolah itu, Azmil Azif berkata, seramai 37 murid serta 10 guru telah menyertai Lawatan Sambil Belajar SK Kampung Tanjong ke Kelantan selama tiga hari dua malam bermula Jumaat lalu.

“Uniknya, pada lawatan kali ini, murid tidak perlu mengeluarkan satu sen pun belanja untuk menaiki kapal terbang, penginapan serta makan dan minum ke­rana menggunakan dana pasukan yang sudah dikumpul sejak awal tahun.

“Kos pengangkutan kapal terbang pergi dan pulang sebanyak kira-kira RM9,000 adalah menggunakan duit dari jemputan kenduri kahwin yang diterima pasukan. Rata-rata murid sangat teruja dan gembira kerana ini merupakan kali pertama mereka menaiki kapal terbang.

“Malah, penginapan serta kos makan pula ditaja syarikat korporat, badan bukan kerajaan, serta orang perseorangan, manakala pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru pula menaja kos pengangkutan bas sepanjang berada di Kelantan,” katanya kepada ­Kosmo! semalam.

Ujar Azmil, lawatan berkenaan adalah sebagai galakkan kepada murid untuk lebih fokus dalam setiap kegiatan yang diceburi dan diingini serta mengolah diri selain komited, tidak lupa terhadap pencapaian akademik ma­sing-masing.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN