fbpx
Amir Hamdan (paling kiri), dan Pengarah Projek SULRT3, Patrick Hwang (dua dari kiri), pada sesi taklimat bersama media di Stesen LRT Stadium Shah Alam, di sini hari ini. Foto SHIDDIEQIIN ZON/KOSMO!

LRT Laluan Shah Alam sah tidak beroperasi tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM- Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mengesahkan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Shah Alam tidak beroperasi pada tahun ini berbanding disasarkan sebelum ini pada 30 September lalu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Amir Hamdan berkata, keputusan itu diambil setelah mendapati beberapa masalah yang dihadapi ketika menjalankan ujian larian tanpa gagal (FFR) terhadap tren lebih dua bulan sejak 26 Ogos lalu.

“Sepanjang FFR dilakukan, sebanyak 11 percubaan FFR telah dilaksanakan. Beberapa isu teknikal melibatkan aspek keselamatan, operasi dan prestasi telah dikenal pasti.

“Isu ini memerlukan tindakan pembetulan oleh pihak terlibat termasuk kontraktor isyarat, kontraktor tren (LRV) dan SULRT3 (Setia Utama LRT 3 Sdn. Bhd.) sebelum sistem boleh diterima oleh Prasarana dan seterusnya melangkah ke fasa operasi percubaan,” katanya pada sesi taklimat media berhubung operasi LRT Laluan Shah Alam di sini, hari ini.

Menurut beliau, sebanyak 33 isu membabitkan ralat perisian serta gangguan sistem telah dikenal pasti seperti tren tidak dapat meneruskan perjalanan ke stesen secara automatik.

Kata Amir, masalah yang turut berlaku adalah kegagalan tren berhenti di platform dengan tepat seterusnya mengakibatkan pintu tren tidak berfungsi dengan sempurna.

“Pergerakan tren tidak mengikut kelajuan yang diprogramkan di dalam sistem. Malah, kami mendapati terdapat pergerakan minima ketika tren dalam keadaan pegun,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN