fbpx
Tangkap layar lelaki warga asing ditahan polis di Taman Wangsa Permai, semalam.

Lelaki warga asing mengamuk, acu senjata tajam di Kepong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GOMBAK – Seorang lelaki warga asing ditahan selepas bertindak agresif serta mengamuk sambil menggunakan senjata tajam di sebuah pangsapuri di Taman Wangsa Permai, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 11.30 pagi itu sebelum ditahan pihak polis dengan bantuan orang awam.

“Suspek kini ditahan untuk tindakan lanjut dan satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, orang awam yang mempunyai maklumat lanjut diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Insp Velraj A/L Doraraj di talian 013-3631913 atau Bilik Gerakan IPD Gombak di talian 03-6126 2222.

Terdahulu, tular video berdurasi 26 saat memaparkan lelaki warga asing itu diberkas polis di kawasan parkir di Taman Wangsa Permai, Kepong dengan disaksikan beberapa penduduk setempat yang berada di lokasi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI