fbpx
Lelaki warga asing ditahan polis di Taman Wangsa Permai. Foto MEDIA SOSIAL

Lelaki mengamuk guna senjata direman 4 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GOMBAK – Seorang lelaki warga asing yang ditahan polis kelmarin, selepas bertindak agresif dengan menggunakan senjata tajam di sebuah pangsapuri di Taman Wangsa Permai, di sini direman selama empat hari.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir mengesahkan perkara tersebut ketika dihubungi hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi, suspek telah ditahan polis dengan bantuan orang awam.
Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular video berdurasi 26 saat memaparkan lelaki warga asing diberkas polis di kawasan parkir di Taman Wangsa Permai, Kepong. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI