fbpx
KEJADIAN tembakan melibatkan dua lelaki di Jalan Rasah menghala ke Plaza Tol Port Dickson di sini pagi tadi. Foto MEDIA SOSIAL

Kes tembak: ‘Bodyguard’ maut, seorang lagi cedera ada 15 rekod jenayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Salah seorang daripada dua mangsa tembak dari dalam kereta di Jalan Rasah menghala ke Plaza Tol Port Dickson, di sini pagi tadi disahkan meninggal dunia selepas hampir lima jam dirawat di hospital.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad mengesahkan mangsa lelaki berusia 43 tahun yang bekerja sebagai ‘bodyguard’ (pengawal peribadi) meninggal dunia lebih kurang pukul 12.50 tengah hari tadi ketika mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban.

Alzafny berkata, kejadian tembakan itu berlaku lebih kurang pukul 7.53 pagi melibatkan dua mangsa lelaki masing-masing berusia 43 dan 47 tahun.
“Kedua-dua mangsa yang masih bernyawa selepas kejadian dibawa oleh orang awam dengan kereta Perodua Myvi milik mangsa ke hospital untuk rawatan.

“Mangsa berusia 43 tahun yang kritikal meninggal dunia di hospital manakala seorang lagi mangsa yang cedera berusia 47 tahun kini masih di rawat di zon merah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Alzafny, hasil pemeriksaan awal mendapati kenderaan Perodua Myvi yang dinaiki mangsa terdapat beberapa kesan tembakan.

“Berdasarkan siasatan, tembakan itu dipercayai dilakukan dua suspek bermotosikal yang identitinya masih belum dikenal pasti.

“Suspek lelaki berusia 47 tahun yang cedera mempunyai 15 kes jenayah lampau atas pelbagai kesalahan, namun mangsa yang maut tiada rekod jenayah,” katanya.

Tambah beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat 1971).- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI