fbpx
Tangkap layar video menunjukkan keadaan tingkat bawah bangunan yang terbakar. - Weibo

Kebakaran bangunan kediaman ragut 12 nyawa di China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEIJING – Satu kebakaran tercetus di sebuah bangunan kediaman di selatan China, yang mengorbankan 12 orang, lapor media pemerintah hari ini.

Kebakaran bangunan empat tingkat di Shantou, wilayah Guangdong itu berlaku sekitar pukul 9.20 malam (waktu tempatan) semalam, dan dipadamkan sejurus selepas pukul 10 malam (waktu tempatan), kata jabatan bomba tempatan.

“Bangunan yang terbakar itu merupakan struktur konkrit bertetulang empat tingkat yang dibina sendiri,” kata Pasukan Bomba dan Penyelamat Daerah Chaonan.

Tambahnya, kebakaran itu telah menjejaskan kawasan seluas 150 meter persegi.

“Siasatan mengenai punca kebakaran dan kerja-kerja pengendalian susulan sedang dijalankan dengan teratur,” katanya.

Laporan awal pagi ini menyatakan lapan orang terbunuh, dengan empat orang cedera dibawa ke hospital.

Agensi berita Xinhua kemudian melaporkan, seramai 12 orang terbunuh. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN