KOTA KINABALU – Datuk Jafry Ariffin dilantik sebagai Ketua UMNO Sabah yang baharu menggantikan Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin yang meninggal dunia Jumaat lalu.
Pelantikan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau itu diumumkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi satu kenyataan pada Rabu.
Katanya, pelantikan itu dipersetujui Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaras dengan Fasal 12.5 Perlembagaan UMNO, berkaitan barisan kepimpinan baharu Badan Perhubungan UMNO Sabah.
Selain Jafry, turut diumumkan ialah Timbalan Ketua UMNO Sabah yang baharu, Datuk Mohd Hasnol Ayub dan Setiausaha UMNO Sabah yang baharu, Samasuddin Yusop.
“Pelantikan ini bertujuan memastikan kesinambungan pentadbiran, memperkukuh penyelarasan parti serta mengkoordinasikan gerak kerja UMNO di Sabah secara lebih tersusun dan berkesan.
“UMNO menyeru seluruh kepimpinan dan ahli parti untuk memberikan sokongan penuh kepada barisan kepimpinan baharu ini demi memastikan UMNO dapat terus memberikan khidmat terbaik kepada rakyat dan mendokong kerajaan Negeri Sabah,” katanya. – KOSMO! ONLINE
Jafry Ariffin Ketua UMNO Sabah yang baharu
- Oleh IVAN AMIRUL
- 10 Disember 2025, 1:08 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERKINI
BERITA BERKAITAN

Bekas pemimpin Bersatu berminat sertai UMNO Perak
16 Mac 2026, 3:05 pm

KJ mohon aktifkan semula keahlian UMNO
16 Mac 2026, 2:25 pm

KJ mohon kembali sertai UMNO
16 Mac 2026, 1:16 pm

Bawa pulang ahli digantung, dibuang langkah awal penyatuan UMNO
14 Mac 2026, 8:54 pm

Hishammuddin sedia kembali perkasa, kukuhkan UMNO
12 Mac 2026, 9:40 pm

Hubungan ayah dan anak lelaki istimewa dalam keluarga UMNO
11 Mac 2026, 12:37 pm

Rumah Bangsa mampu satukan parti Melayu
7 Mac 2026, 8:30 pm

Kembali kepada UMNO perlu ikut prosedur – Mohamad
7 Mac 2026, 2:34 pm






