fbpx
Gambar hiasan.

Dua cedera parah ditembak dari dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Dua lelaki mengalami cedera parah selepas dipercayai ditembak dari dalam kereta di Jalan Rasah menghala ke Plaza Tol Port Dickson, di sini, pagi tadi.

Kejadian itu dirakam orang awam yang memaparkan seorang lelaki dalam keadaan terkulai di tempat duduk pemandu sebuah kereta Perodua Myvi berwarna putih.

Manakala seorang lelaki kelihagan cedera di bahagian tangan.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim mengesahkan kejadian tersebut dan dua mangsa berkenaan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.

Difahamkan jedua-dua mangsa lelaki kini berada di zon kritikal Hospital Tuanku Ja’afar Seremban.

Tinjauan di lokasi kejadian mendapati keadaan jalan sesak dan pihak forensik sedang menjalankan siastaan di lokasi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI