fbpx
Anggota polis mengangkat maut salah seorang mangsa yang maut dalam kebakaran di Taman Rathna, Butterworth, pagi tadi. Foto DANIAL SAAD/KOSMO!

Dua beranak rentung: Saksi dengar sekali sahaja suara wanita minta tolong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – “Saya ada dengar suara perempuan minta tolong. Nampak rumah sudah terbakar dan api sangat kuat.”

Demikian menurut seorang saksi kejadian, S.Suppamal, 52, mengenai kejadian kebakaran di sebuah rumah di Taman Rathna, Butterworth di sini, pagi tadi sehingga meragut nyawa dua beranak.

Menurut Suppamal, dia tidak dapat berbuat apa-apa memandangkan keadaan api yang semakin marak di hadapan dan belakang rumah mangsa terbabit.

“Saya langsung tak boleh tolong sebab pintu depan dan belakang dalam keadaan berkunci. Seorang anak dia cuba goncang pintu tapi waktu itu api sangat kuat.

“Saya dengar sekali sahaja suara wanita itu minta tolong. Memang tak nampak apa-apa sebab asap banyak. Anak dia cuba pecahkan pintu guna payung sebelum diselamatkan oleh anggota bomba,” katanya lagi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.41 pagi tadi, seorang ibu bersama anak angkat perempuan berusia empat tahun ditemukan rentung dalam kejadian kebakaran di kediaman teres berkembar di Taman Rathna, Butterworth di sini.

Mayat Hayani, 50-an dan anak angkatnya, yang dikenali sebagai Andra dijumpai di bahagian ruang tamu, berhampiran pintu keluar utama, selepas dipercayai terperangkap dalam kebakaran tersebut.

Seorang lagi anak kandung mangsa, iaitu Daniel Quyum Kamarozlan, 20-an pula ditemukan cedera pada badan akibat dihempap bumbung di ruangan dapur. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI