fbpx
Gambar hiasan.

Bapa tiri ‘sentuh’ kanak-kanak 11 tahun ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GOMBAK – Seorang bapa tiri yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak berusia 11 tahun ditahan polis, semalam.

Difahamkan, perbuatan itu terbongkar selepas diketahui ibu mangsa yang kemudian membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, susulan itu, suspek berusia 30-an itu telah ditahan di sekitar Desa Aman Puri, semalam.

“Suspek yang merupakan bapa tiri mangsa direman selama tujuh hari sehingga 15 Disember,” katanya ringkas sebentar tadi.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN