PUTRAJAYA – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai, Datuk Dr. Aliakbar Gulasan tidak akan menyertai kerajaan Sabah dan kekal sebagai pembangkang.
Perkara itu disahkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika ditemui selepas mesyuarat jawatankuasa Sekretariat Orang Melayu (SOM), di sini hari ini.
Menurutnya, ia (keputusan) adalah berdasarkan maklumat dibentangkan pada mesyuarat parti yang berlangsung pada Selasa.
“Setahu saya, (berdasarkan) maklumat yang ada, kalau dia Pas, dia kekal atas sebagai dia ADUN sahaja dan tidak akan menyertai dalam kerajaan,” katanya.
Aliakbar yang bertanding atas tiket Pas berjaya memenangi kerusi DUN Karambunai dengan meraih 7,054 undi dalam pertandingan 11 penjuru pada PRN Sabah ke-17 baru-baru ini,
Beliau menewaskan penyandang DUN daripada BN, Datuk Yakub Khan. – KOSMO! ONLINE














