fbpx
Penyerang JDT, Bergson da Silva cuba melakukan asakan ke kubu pertahanan Shanghai Port, semalam.

ACLE: Shanghai Port puas curi mata di laman keramat JDT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PENGENDALI  Shanghai Port FC, Kevin Muscat memuji aksi cemerlang yang ditampil penjaga gol, Chen Wei pada aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) menentang Johor Darul Takzim (JDT), malam tadi.

Meskipun berada dalam situasi tekanan di hadapan hampir 20,000 penyokong tuan rumah di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri, Kevin berkata, anak buahnya mampu menyerap tekanan sekaligus memastikan Harimau Selatan tidak mampu merobek gawang gol.

“Malam ini, Chen Wei adalah hero dan wira kami, dia benteng akhir jaga gol daripada dibolosi, JDT banyak menghasilkan peluang tetapi Wei tangkas menepis serangan demi serangan.

“Pemain pertahanan pun bermain dengan baik, menutup ruang yang boleh menyebabkan kami tewas.

“Satu mata tanpa jaringan cukup memadai bagi kami, cukup besar buat Shanghai Port,”katanya selepas tamat perlawanan.

Kevin mengakui kegagalan The Red Eagle mencipta gol kerana pasukannya bergelut dengan pelbagai isu kecederaan dan masalah kesihatan pemain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN