fbpx
Barisan pemain JDT agak kecewa selepas wisel penamat ditiupkan, semalam.

ACLE: Peluang JDT ke peringkat kalah mati ‘berliku’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MESKIPUN seri tanpa jaringan ketika berdepan gergasi China, Shanghai Port FC dalam aksi Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) di Stadium Sultan Ibrahim, pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Xisco Munoz tetap berpuas hati dengan persembahan penuh disiplin anak buahnya.

Menurut Munoz, skuad Harimau Selatan mempamerkan komitmen luar biasa sepanjang 90 minit apabila menguasai permainan serta melancarkan 47 serangan berbahaya yang hampir merobek gawang lawan.

“Pemain mempamerkan aksi menakjubkan. Mereka tunjuk nilai sebenar JDT dari minit pertama sampai minit akhir.

“Kami juga mengawal perlawanan dan mencipta banyak peluang penting. Apa pun, saya nampak perkembangan yang sangat baik,” katanya pada sidang akhbar selepas perlawanan Kumpulan A Zon Timur malam tadi.

Bagaimanapun, jurulatih berasal dari Sepanyol itu mengakui kegagalan menyudahkan peluang di depan pintu gol menjadi punca JDT tidak membawa pulang tiga mata berharga.

JDT terpaksa akur berkongsi mata dengan pasukan tercorot Kumpulan A itu sekaligus meletakan pasukan Harimau Selatan ditangga keenam carta kedudukan pasukan setakat ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN