fbpx
Anggota bomba membantu membawa keluar mangsa yang terperangkap dalam kebakaran di Taman Air Tawar, Butterworth, pagi tadi. Foto JBPM

2 penghuni maut terperangkap dalam rumah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Dua penghuni maut dipercayai terperangkap dalam kejadian kebakaran di sebuah kediaman di Taman Teluk Air Tawar, Butterworth di sini, pagi tadi.

Setakat ini, identiti kedua-dua mangsa terbabit belum dapat dipastikan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran berlaku pada pukul 9.41 tadi dan kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, operasi menyelamat melibatkan keanggotaan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Butterworth dengan dibantu BBP Penanti dan Bandar Perda.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah kelas dengan anggaran peratusan kebakaran semasa adalah 80 peratus.

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) bertindak menjalankan kerja-kerja penyelamatan dan pemadaman serta pengawalan kebakaran.

“Kebakaran telah dapat dikawal pada pukul 10.15 pagi dan menurut laporan awal dari komander operasi menyatakan terdapat dua mangsa yang terperangkap manakala seorang daripadanya telah dapat dikeluarkan. Namun, kedua-duanya disahkan meninggal dunia,” katanya di sini, tadi.

Jelasnya lagi, operasi memadamkan kebakaran belum tamat sepenuhnya dan maklumat lanjut akan dikemaskini nanti. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN