SUBANG JAYA – Dua buah kenderaan didakwa menghalang laluan sebuah ambulans yang sedang menuju ke Hospital Sentosa Klang bagi mengambil pesakit demam panas di Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) menghala Klang, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, laporan diterima pada pukul 11.23 pagi tadi susulan pautan video dimuat naik pengguna akaun TikTok ‘azmanroy@85’.
“Kejadian berlaku sekitar pukul 1.30 petang semalam ketika ambulans yang bergerak laju di lorong kanan telah terhalang disebabkan dua buah kenderaan di hadapan tidak memberi laluan, walaupun siren telah dibunyikan,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Beliau berkata, pemandu ambulans gagal mengecam nombor pendaftaran kenderaan terlibat dan kes disiasat mengikut Kaedah Rule 9(2) LN 166/59.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Inspektor Mohd Azizul Hakim Roslan di talian 011-2891 4495.
Terdahulu, tular di platform TikTok memaparkan dua buah kenderaan didakwa menghalang laluan sebuah ambulans di Kesas. – KOSMO! ONLINE
@nuroy8586 #fyppppppppppppppppppppppp #driverambulance #ambulans #ambulansswasta ♬ Didi Rescue Squad: Ambulans – Didi & Friends














