fbpx
Tangkap layar video memaparkan seorang remaja tidak diberikan tempat duduk di dalam MRT walaupun sedang bertongkat.

[VIDEO] Berdiri sambil bertongkat, tiada siapa beri tempat duduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tular satu rakaman video memaparkan seorang remaja perempuan yang memegang tongkat di kedua-dua belah tangan tidak diberikan tempat duduk oleh penumpang lain dalam sebuah tren Transit Aliran Massa (MRT).

Menerusi video yang dimuat naik pengguna TikTok dikenali @natberacun, difahamkan kejadian berlaku di dalam tren koc wanita.

Dalam video tersebut kelihatan remaja itu terpaksa berdiri di satu sudut bersebelahan pintu masuk sambil memegang tongkat.

Kelihatan beberapa penumpang dewasa yang duduk di kerusi berhadapan dan di sekelilingnya tidak mempedulikan keadaan remaja itu yang sepatutnya diberikan tempat duduk.

“Tiga kali macam ni, orang nampak je tapi buat tak tahu. Dalam video ni tunggu satu stesen je, jadi tidak mengapalah. Kali ketiga ada polis Prasarana masuk, yang pada awalnya tak ada orang bangun, bila ditegur baru bangun.

“Pernah masuk koc laki sebab tepat-tepat je tren sampai, tak sempat nak masuk pintu koc wanita. Alhamdulillah, ada remaja lelaki kejar kita orang bagi tempat duduk,” katanya.

Perkongsian itu mengundang rasa kurang senang orang ramai yang menyifatkan sikap segelintir penumpang yang tidak prihatin, apatah lagi apabila ia melibatkan mereka yang memerlukan bantuan.

Di ruangan komen, pihak Rapid KL turut tampil menjelaskan dengan nada kesal dan mengingatkan orang ramai mengenai keutamaan tempat duduk kepada golongan memerlukan.

“Kalau memang nampak tapi buat-buat tak nampak, itu memang tak patut. Pengumuman dalam tren kami pun selalu pasang, berikan tempat duduk kepada yang memerlukan.

“Kami harap kejadian begini tak berlaku lagi pada awak ya. Nasib baik polis bantuan masuk dan minta dorang bagi tempat duduk. Semoga awak baik-baik sahaja,” katanya.

Menurut garis panduan Rapid KL, tempat duduk keutamaan di dalam tren dan bas adalah untuk warga emas, ibu hamil, orang kelainan upaya serta penumpang yang membawa kanak-kanak kecil.

Penmpang lain digalakkan mengosongkan tempat duduk tersebut apabila melihat individu yang lebih memerlukan. – KOSMO! ONLINE

@beracunracun ada yang pernah macam ni ke #rapidkl #mrt @Rapid KL ♬ watch – DR3AM7NG

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN