fbpx
DUA wanita warga Filipina ditahan selepas disyaki menggunakan kad pengenalan palsu ketika bekerja di sebuah pusat beli belah di Taman Desa Tebrau, Johor Bahru semalam.

Tukang cuci mall ditahan guna MyKad palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Dua wanita warga Filipina ditahan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) selepas disyaki menggunakan kad pengenalan (MyKad) palsu dalam Ops Kutip di sebuah pusat beli-belah di Taman Desa Tebrau, di sini semalam.

Dalam operasi yang dijalankan sepasukan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasan (BSK) JPN Putrajaya bersama BSK JPN Johor itu berjaya menahan kedua-dua suspek berusia 33 dan 53 tahun.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan JPN, kedua-dua wanita berkenaan disyaki menggunakan kad pengenalan palsu untuk bekerja di negara ini sebagai tukang cuci di pusat beli-belah berkenaan.

“Kedua-dua wanita tersebut telah dibawa ke JPN Johor dan diserahkan kepada BSK JPN Johor untuk siasatan lanjut.

“Mereka disyaki melanggar Peraturan 25(1)(e) PPN 1990 (Pindaan 2007), yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM20,000, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan,” kata kenyataan itu.

JPN berkata, operasi ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan pihaknya dalam menangani isu penyalahgunaan kad pengenalan dalam kalangan warga asing.

“Orang ramai diseru untuk terus menyalurkan maklumat bagi membanteras isu penyalahgunaan dokumen pengenalan diri palsu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Habis//

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN