MELAKUKAN transaksi pembayaran di kaunter menggunakan tapak tangan mungkin dilihat sebagai salah satu aksi daripada filem fiksyen popular. Bagaimanapun, kaedah tersebut tidak lagi boleh dianggap fantasi kerana OpenSys Technologies Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat OpenSys (M) Bhd. telah memperkenalkan kaedah pembayaran menggunakan tapak tangan menerusi aplikasi PalmWav. Biarpun masih dalam fasa prototaip, inovasi baharu itu bakal meneroka penggunaan teknologi pengecaman tapak tangan untuk pembayaran tanpa peranti di negara ini. Teknologi tersebut menunjukkan keserasian dengan infrastruktur pembayaran sedia ada termasuk rangkaian……














