fbpx
PEMAIN skuad B-23 negara, Haykal Danish tidak menganggap ketiadaan beberapa tonggak utama beri kesan besar kepada pasukan yang mahukan kemenangan ke atas Vietnam. - FARIZ RUSADIO

Sukan SEA: Skuad B-23 mahu benam Vietnam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Skuad bawah 23 (B-23) negara mahu melakar kemenangan ke atas Vietnam dalam aksi terakhir Kumpulan B biarpun keputusan seri sudah memadai untuk membawa Malaysia ke pentas separuh akhir acara bola sepak Sukan SEA 2025.

Pemain sayap skuad B-23, Haykal Danish Mohd. Haizon berkata, aksi berdepan Vietnam pada Khamis nanti sangat penting kerana temasya dwitahunan tersebut merupakan medan terbaik untuk skuad muda negara menebus maruah selepas berdepan kegagalan dalam dua kejohanan terdahulu.

“Kita sasar untuk melakar kemenangan ke atas Vietnam, memang seri pun kita sudah layak, tetapi kita sasar menang untuk tebus maruah. Jadi, saya harap lawan Vietnam nanti kita dapat bersedia dengan secara fizikal dan mental.

“Untuk berdepan Vietnam, banyak benda kita perlu perbaiki, daripada segi bertahan, daripada segi fizikal semua kita perlu lebih kuat daripada aksi pertama. Jadi, saya harap pemain-pemain konsisten dengan latihan dan kekal fokus,” katanya.

Ditanya tentang keadaan pasukan yang kehilangan beberapa tonggak utama, Haykal Danish berkata, perkara itu bukan isu besar kerana perkara yang sama pernah berlaku kepada pasukan sebelum ini.

“Macam kejohanan-kejohanan sebelum ini, kita pun ada masalah yang sama. Apa pun yang terjadi, pemain yang ada tetap kena teruskan perjuangan ini. Saya harap pemain semua bersedia dengan sebarang kemungkinan,” katanya.

Ketika ini, skuad kendalian Nafuzi Zain hanya memerlukan keputusan seri untuk layak ke separuh akhir selepas berjaya membenam Laos 4-1 dalam aksi pembukaan Kumpulan B, Sabtu lalu.

Juara kumpulan akan layak secara automatik ke separuh akhir, manakala satu lagi wakil ke saingan kalah mati itu akan dipilih berdasarkan naib juara terbaik daripada tiga kumpulan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI