fbpx
SANCHEZ (bawah) pernah membantu Kanada meraih pingat perak dan gangsa di pentas Sukan Olimpik Tokyo 2020. - AFP

Sukan SEA: Pemenang Olimpik Kanada pilih Filipina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANILA – Kayla Sanchez bakal membuat penampilan sulung pada Sukan SEA Thailand 2025 dengan misi besar membantu Filipina memperbaiki pungutan dua emas diraih edisi Phnom Penh 2023 di Kemboja apabila bergandingan dengan perenang elit negara itu, Xiandi Chua.

Sanchez yang sebelum ini mewakili Kanada dari 2017 hingga 2022, tampil dengan jadual perlumbaan paling padat apabila turun dalam enam acara individu dan empat berganti-ganti sekali gus menjadi taruhan utama skuad renang Filipina di Bangkok minggu ini.

Enam kategori individu bakal disertai pemegang tiga rekod renang Filipina berusia 24 tahun itu adalah 50m, 100m dan 200m gaya bebas, 50m serta 100m kuak lentang selain 50m kuak kupu-kupu.

Sanchez yang dilahirkan di Singapura oleh pasangan Filipina, akan memulakan aksi di Bangkok selepas dia melepasi standard kelayakan ditetapkan Akuatik Filipina menerusi pemilihan pada Ogos lalu, sekali gus mengesahkan statusnya sebagai perenang paling konsisten dalam skuad.

Sebagai rekod, Sanchez yang memenga rekod renang Filipina bagi acara 50 meter (m) gaya bebas, 100m gaya bebas dan 50m kuak lentang pernah meraih pingat perak serta gangsa pada Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Sementara itu, Chua pula kembali dengan misi mempertahankan emas 200m kuak lentang, selain memburu podium acarfa 100m kuak lentang, 200m dan 400m individu medley (IM) serta tiga acara berganti-ganti.

Skuad Filipina turut dibarisi perenang muda seperti Kyle Louise Bulaga, Quendy Fernandez, Micaela Jasmine Mojdeh, Chloe Isleta, Miranda Renner, Heather White, Logan Wataru Noguchi, Joran Paul Orogo dan Gian Christopher Santos.

Cabaran sebenar menanti apabila Singapura selaku kuasa besar renang Asia Tenggara selepas memungut 22 emas edisi Phnom Penh, diikuti Vietnam (tujuh emas), meletakkan tekanan tambahan kepada Sanchez dan Chua untuk mengangkat kembali martabat Filipina. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN