fbpx
OLAHRAGA antara kontinjen terbesar negara menggalas cabaran pada Sukan SEA kali ini. - KESATUAN OLAHRAGA MALAYSIA

Sukan SEA: Malaysia pertaruh acara ‘lubuk emas’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Jefri Ngadirin optimis atlet negara mampu menyumbangkan lebih banyak pingat yang menawarkan ‘lubuk pingat’ menerusi akuatik dan olahraga pada Sukan SEA Thailand 2025.

Jefri menegaskan, MSN telah bekerja keras untuk memperkasa sukan akuatik terutama acara renang selepas membawa masuk kepakaran luar bagi mengukuhkan program pembangunan sukan tersebut.

Ia selepas menilai Malaysia ketinggalan jauh dengan negara-negara Asia Tenggara lain seperti Singapura, Vietnam mahupun Indonesia yang terus menuai pingat emas.

Pada edisi Kemboja 2023, Singapura membolot 22 emas daripada 39 acara renang dipertandingkan, manakala Malaysia hanya membawa pulang satu emas menerusi Khiew Hoe Yean dalam acara 200 meter gaya bebas.

“Untuk renang, kita sudah lantik pengarah teknikal daripada AS (Amerika Syarikat), kita juga lantik dua jurulatih berprestasi tinggi dari Kanada. Kita nampak banyak peningkatan.

“Malaysia juga tidak lagi meletakkan harapan sepenuhnya kepada jaguh renang, Hoe Yean kerana kemunculan ramai perenang berbakat dan mampu menyumbang pingat buat negara,” jelasnya.

Untuk olahraga, Jefri berkata, perubahan kepimpinan dalam Olahraga Malaysia (MA) termasuk pelantikan Manshahar Abdul Jalil selaku ketua jurulatih olahraga negara turut memberi kesan positif.

“Pelantikan Manshahar memberi ketenangan kepada komuniti olahraga. Kalau kita tengok prestasi semasa, atlet-atlet nampaknya boleh menyumbang lebih banyak pingat,” katanya.

Beliau memberi contoh 100 meter (m) di Sukan SEA menyaksikan keputusan sukar dijangka dengan catatan masa pelari handalan Asia Tenggara yang kadang kala jauh berbeza berbanding rekod peribadi masing-masing.

“Kita pernah lihat atlet Thailand lari 10.2 saat (s), Indonesia 10.18s, tapi bila final semua 10.3s, 10.28s. Jadi apa sahaja boleh berlaku,” katanya.

Prestasi pelari muda, Danish Iftikhar Muhammad Roslee yang mencatat masa sekitar 10.28s hingga 10.30s dalam beberapa kejohanan baru-baru ini memberi harapan baharu untuk Malaysia kembali mencabar acara riben biru.

Pada edisi 2023, skuad renang negara hanya menyumbangkan satu emas, tiga perak dan empat gangsa, manakala olahraga membawa pulang lima emas, tiga perak serta 11 gangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN