fbpx
SKUAD MTB negara menyasarkan membawa pulang sekurang-kurang satu pingat gangsa pada Sukan SEA kali ini.

Sukan SEA: Cross country, downhill sandaran MTB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Skuad berbasikal bukit (MTB) negara mengambil pendekatan realistik apabila menyasarkan sekurang-kurangnya satu pingat gangsa menerusi cross country elimination dan downhill wanita pada temasya Sukan SEA Thailand 2025.

Pengurus pasukan, Mohd. Saiful Abdul Jalil berkata, tumpuan utama terarah kepada acara cross country lelaki yang berlangsung 10 Disember ini kerana rekod baik Malaysia dalam disiplin tersebut biarpun ia kali pertama dipertandingkan di Sukan SEA.

Menurutnya, sandaran diletakkan kepada pelumba berpengalaman, Zulfikri Zulkifli yang pernah melakar kejutan menjuarai Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) di Putrajaya tahun lalu, selain dibantu Ahmad Syazrin Awang Ilah dan Saniy Syu Aib Mohd. Safiee.

“Acara cross country elimination kali pertama dipertandingkan dan formatnya sangat pantas . Berdasarkan prestasi semasa dan pengalaman Zulfikri menewaskan pelumba Asia sebelum ini, kita optimis mampu menyambar sekurang-kurangnya pingat gangsa.

“Saingan sengit dijangka hadir daripada pelumba Indonesia dan Thailand. Format penyingkiran empat pelumba serentak ini memberi peluang terbuka,” katanya.

Bagi acara downhill wanita dijadualkan pada Jumaat, skuad negara mempertaruhkan pelumba tunggal, Eddyna Nasuhar Zainal Abidin yang bertanding di bawah Kategori B.

Jelas Saiful, walaupun bergerak secara solo tanpa rakan sepasukan dalam kategori tersebut, Eddyna dilihat mampu memberi cabaran kepada pelumba pilihan dari Filipina untuk menaiki podium.

Bagi disiplin BMX yang akan berlangsung di Kamol Sports Park, Bangkok, pelumba negara, Amer Akbar Anuar diletakkan sasaran untuk menempatkan diri dalam kelompok lima terbaik.

“BMX juga di bawah Kategori B dan kurang pendedahan di pentas antarabangsa menyukarkan kita membaca kekuatan lawan. Sasaran lima terbaik adalah relevan, namun sebarang pingat adalah bonus buat kontinjen,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN