fbpx
Kah Woh pada sidang akhbar selepas Majlis Peluncuran dan Penyerahan Peralatan ICT (Smart Board,) di SKJT Vivekananda, Brickfields hari ini. Foto Oleh M FIRDAUS M JOHARI

SKJT Sungai Bakap dibina selepas selesai kes mahkamah – Kah Woh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Projek pembinaan sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di Sungai Bakap, Nibong Tebal, Pulau Pinang akan dimulakan selepas selesai kes di mahkamah.

Memaklumkan perkara itu, Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, kerajaan telah menyediakan dana untuk pembinaan sekolah itu, namun masih tertangguh ekoran beberapa isu belum diselesaikan di mahkamah.

“Kerajaan telah menyediakan dana dan Kementerian Pendidikan (KPM) sedang dalam usaha untuk menyelesaikan kes mahkamah yang sedia ada (berkaitan isu tanah dan hutang) dengan secepat mungkin.

“Dengan ini, kita boleh melaksanakan tender dengan secepat mungkin supaya kerja-kerja pembinaan dapat dimulakan,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Peluncuran dan Penyerahan Peralatan ICT (Smart Board,) di SKJT Vivekananda, Brickfields.

Majlis penyerahan hampir 400 Smart Board kepada 387 SJKT di seluruh negara itu disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri R. Ramanan.

Terdahulu, media melaporkan, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy melahirkan rasa kecewa terhadap keputusan Jabatan Pendidikan Pulau Pinang untuk menghentikan pembinaan SJK(T) Sungai Bakap baharu.

Beliau berkata, projek itu tidak boleh ditinggalkan begitu sahaja selepas mendapat peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan.

Ini kerana katanya, Kerajaan Persekutuan telah memberi peruntukan awal sebanyak RM3.5 juta dan memperuntukkan tanah 4 ekar pada 2015 untuk pembinaan bangunan baru sekolah itu.

Dalam pada itu, Kah Woh turut memberitahu bahawa KPM juga telah bersetuju untuk membina SJKT Ladang Jeram di Kuantan dan lokasinya juga telah diluluskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Pemintaan lokasi sekolah ini telah pun diumumkan kelulusannya oleh Perdana Menteri dalam belanjawan tahun 2026

“Di mana sekolah SJKT Ladang Jeram akan dibina sepenuhnya oleh pihak kerajaan. Pada masa yang sama ia akan dimasukkan dalam ‘rolling plan’ lima tahun Rancangan Malaysia ke-13,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI