fbpx
Ramanan ketika berucap pada Majlis Peluncuran Penyerahan Peralatan ICT (Smart board) kepada Sekolah Kebangsaan Jenis Tamil (SKJT) di Brickfields hari ini. Foto M FIRDAUS M JOHARI

Rombakan Kabinet: Itu kena tanya Perdana Menteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – “Itu kena tanya Perdana Menteri”. Demikian reaksi Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi , Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan ketika ditanya sama ada nama beliau tersenarai dalam rombakan Kabinet.

Ini kerana, beliau antara Ahli Parlimen yang disebut-sebut akan mengisi kekosongan jawatan di beberapa kementerian ketika ini.

Kata Ahli Parlimen Sungai Buloh itu, beliau tidak tidak dimaklumkan mengenai sebarang kemungkinan rombakan Kabinet.

“Saya tidak diberitahu ataupun dimaklum apa-apa berkaitan dengan isu itu (rombakan Kabinet).

“Saya ingat biarlah Perdana Menteri buat pengumuman dalam masa yang terdekat ataupun masa yang tidak lama lagi,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Majlis Peluncuran Penyerahan Peralatan ICT (Smart board) kepada Sekolah Kebangsaan Jenis Tamil (SKJT) di Brickfields hari ini.

Terdahulu, pada majlis itu, Ramanan memberitahu, sebanyak 387 SJKT di seluruh negara akan menerima kemudahan ICT papan pintar (smartboard) selewat-lewatnya 10 Januari 2026.

Menurut beliau, usaha itu sebagai komitmen untuk memastikan semua sekolah terlibat bersedia dengan pembelajaran digital seawal hari pertama sesi persekolahan tahun depan.

Katanya, pelaksanaan itu dijayakan melalui kolaborasi strategik antara Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) dan Yayasan Didik Negara (YDN) bagi memastikan akses pendidikan berkualiti kepada komuniti India terus diperluaskan.

“Inisiatif pemberian smartboard ini merupakan salah satu program di bawah dasar dan komitmen kerajaan Madani melalui peruntukan MITRA untuk memperkasa pendidikan, khususnya menerusi penyediaan kemudahan moden.

“Dengan kemudahan ini, sekolah-sekolah bukan sahaja menerima peralatan ICT, tetapi turut diperkasa untuk menjadi hab pembelajaran digital, bagi membina kemahiran seperti pemikiran kritis, kreativiti dan kecekapan teknologi selaras dengan aspirasi pendidikan negara,” katanya.

Kerajaan melalui MITRA menyalurkan peruntukan sebanyak RM5 juta bagi membekalkan 400 unit smartboard kepada 387 buah SJKT di seluruh negara.

Pengagihan itu dibuat berdasarkan data rasmi mengikut kriteria seperti satu unit bagi sekolah yang mempunyai kurang daripada 800 murid dan akan dua unit bagi sekolah dengan lebih 800 murid.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI