fbpx
PENDUDUK Kemboja di wilayah Oddar Meanchey, berhampiran sempadan Thailand berpindah semalam. – AFP

Perang makin sengit, Kemboja lancar serangan balas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PHNOM PENH – Bekas pemimpin berpengaruh, Hun Sen menyatakan bahawa Kemboja telah melancarkan serangan balas dalam pertempuran sempadan yang tercetus semula dengan Thailand selepas Phnom Penh menafikan melepaskan tembakan balas sejak dua hari lalu.

“Setelah bersabar  lebih 24 jam demi menghormati gencatan senjata dan memberi masa untuk memindahkan penduduk ke tempat selamat,  petang semalam  kami bertindak balas dengan lebih banyak (tindakan) malam tadi dan pagi ini.

“Tentera kita  mesti melawan di semua tempat yang diserang musuh.

“Sekarang kita berjuang untuk mempertahankan diri kita semula,” katanya dalam catatan di Facebook sambil menggesa tentera Kemboja melaksanakan strategi untuk memusnahkan pasukan musuh.

Pertempuran lima hari  antara dua negara Asia Tenggara itu pada Julai lalu membunuh 43 orang dan menyebabkan 300,000 orang hilang tempat tinggal di kedua-dua negara sebelum gencatan senjata berkuat kuasa.

Pertempuran tercetus semula pada minggu ini  dan membunuh enam orang awam Kemboja serta seorang askar Thailand, manakala lebih 20 yang lain cedera.

Kedua-dua negara saling menuding jari berhubung pertempuran baharu itu  yang menyaksikan Thailand melancarkan serangan udara dan melepaskan tembakan kereta kebal terhadap jirannya semalam.

Jurucakap kementerian pertahanan Kemboja, Maly Socheata semalam menegaskan bahawa tentera Kemboja tidak bertindak balas terhadap serangan Thailand. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN