fbpx
Chee Ming diiringi polis di Mahkamah Majistret Seri Manjung, hari ini.

Penganggur dituduh bunuh warga emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LUMUT – Seorang penganggur dituduh di Mahkamah Majistret Seri Manjung, di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang warga emas di Kampung Baru, Kampung Koh di Sitiawan, dekat sini pada 26 November lalu.

Tertuduh, Lin Chee Ming, 49, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan berkenaan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Fakhrul Razzi Abd. Hamid.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh bagi pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan tersebut.

Mengikut pertuduhan, dia telah dengan sengaja melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Ling Chin Kian, 78, di sebuah rumah di No. 297 Kampung Baru, Kampung Koh Sitiawan antara pukul 3.40 pagi hingga 4.44 pagi pada 26 November lalu.

Jika sabit kesalahan, tertuduh hendaklah dihukum mati atau penjara tidak kurang daripada 30 tahun tetapi tidak melebihi 40 tahun dan jika tidak dijatuhkan hukuman mati, hendaklah juga dihukum dengan sebat tidak kurang daripada 12 sebatan.

Pendakwaan kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nuranisah Ismah Muhammad Husaini, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sebutan semula kes tersebut akan dilakukan pada 10 Februari 2026. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN