NILAI – Pembantu Pustakawan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori tangki di Jalan Perak berdekatan Kawasan Perindustrian Ringan Semarak di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superitenden Johari Yahya berkata, dalam nahas pada pukul 1 tengah hari itu, mangsa Mohd. Azuwan Hood, 38, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadiam akibat parah di kepala.
Katanya, siasatan awal mendapati mahas berlaku ketika lori dari arah Semarak menghala ke kawasan perindustrian tersebut membelok ke kanan.
“Motosikal mangsa yang datang dari arah bertentangan melanggar bahagian belakang kiri lori itu, katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menurut Johari, pemandu dan kelindan lori berusia 41 serta 47 tahun tidak cedera, manakala mayat mangsa dibawa ke Hospital Rembau untuk proses bedah siasat.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE














