fbpx
KEADAAN ambulans yang terbalik dalam kemalangan di Kilometer 60.8 Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan Machap ke Simpang Renggam, Kluang, petang ini. Foto dan video IHSAN THIS IS JOHOR

[KEMAS KINI] Pemandu maut, jururawat, pesakit cedera ambulans terbalik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLUANG – Seorang pemandu ambulans Hospital Segamat maut selepas kenderaan dipandunya terbabas sebelum terbalik dalam kejadian di Kilometer (KM) 59.8, Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan dari Machap ke Simpang Renggam di sini hari ini.

Dalam kemalangan pada pukul 1.27 tengah hari itu, mangsa yang berusia 43 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi, manakala dua jururawat dan seorang pesakit wanita cedera.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Renggam, Pegawai Bomba Kanan II M. Nasir A. Shah berkata, enam anggota digerakkan ke lokasi bersama sebuah jentera.

“Kemalangan melibatkan empat mangsa iaitu pemandu, dua pembantu perubatan dan seorang pesakit wanita. Pemandu dan seorang penumpang hadapan tercampak keluar dari ambulans, manakala dua lagi mangsa yang berada di belakang tidak tersepit.

“Semua mangsa dipindahkan ke kawasan selamat sebelum diserahkan kepada pihak ambulans,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mayat lelaki itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, manakala mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Kluang untuk mendapatkan rawatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN