PERKEMBANGAN pesat teknologi masa kini khususnya dalam bidang kecerdasan buatan (AI) menuntut manusia untuk kembali menilai dan memperkukuh nilai-nilai murni dalam kehidupan. Kemajuan teknologi yang begitu pantas membuka banyak peluang baharu, namun pada masa sama berpotensi menimbulkan kesan negatif jika digunakan tanpa panduan etika yang kukuh. Pensyarah Kanan di Jabatan Fiqh-Usul dan Sains Gunaan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Dr. Ariyanti Mustapha berkata, pemerkasaan etika dalam penggunaan AI perlu digerakkan seiring dengan pembangunan teknologi agar kecanggihan yang dikecapi tidak membawa……














