fbpx
Anggota polis membawa Muhamad Azmie untuk didakwa atas pertuduhan melakukan samun menggunakan sebilah pedang di Mahkamah Sesyen Pasir Mas, Pasir Mas, hari ini. Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

Mekanik didakwa guna pedang samun remaja di kedai runcit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PASIR MAS – Seorang mekanik didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas pertuduhan melakukan samun menggunakan sebilah pedang terhadap seorang remaja perempuan berusia 15 tahun di sebuah kedai runcit di Tumpat dekat sini, tiga bulan lalu.

Tertuduh, Muhamad Azmie Akid Azaha, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Zulkpli Abdullah.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan samun menggunakan senjata iaitu sebilah parang terhadap seorang remaja perempuan berusia 15 tahun.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah kedai runcit di Kampung Berangan, Wakaf King dekat Tumpat kira-kira pukul 10.55 malam pada 2 September lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda atau sebat jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aiysha Na’ilah Harizan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Siti Aiysha mencadangkan jaminan RM20,000 dengan syarat tambahan iaitu tertuduh tidak dibenarkan mengganggu mangsa dan perlu melapor diri sebulan sekali di balai polis terdekat dengan alamatnya.

Tertuduh dalam rayuannya memohon ikat jamin yang rendah kerana hanya bekerja sebagai mekanik dengan pendapatan sebanyak RM50 sehari.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin termasuk syarat-syarat yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan.

Mahkamah turut menetapkan 11 Januari depan untuk lantikan peguam termasuk sebutan semula kes dan tertuduh tidak membayar ikat jamin tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI