fbpx
Gambar hiasan

Lelaki Bangladesh ‘sentuh’ remaja hingga hamil direman 7 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NILAI – Lelaki warga Bangladesh yang didakwa merogol seorang gadis berusia 16 tahun sehingga hamil direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan

Ketua Polis Daerah Nilai, Superitendan Johari Yahya berkata, perintah reman terhadap suspek berusia 31 tahun itu dikeluarkan Majistret Farha Sulaiman di Mahkamah Majistret Seremban di sini.

“Reman terhadap suspek bermula 9 hingga 15 Disember depan dan siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Semalam Kosmo! melaporkan seorang lelaki warga Bangladesh yang baru tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ditahan polis selepas dikesan merogol seorang gadis bawah umur sehingga hamil.

Tangkapan ke atas suspek dilakukan selepas pihak polis menerima laporan daripada ibu mangsa yang memaklumkan anak perempuannya yang berusia 16 tahun telah dirogol sejak Mei lalu.

Suspek mengaku telah merogol mangsa yang juga rakan sekerjanya sebanyak empat kali dan perbuatan itu dilakukan di sebuah kedai runcit tempat mereka bekerja. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI