fbpx
Keadaan Lamborghini Huracan terlibat kemalangan. - Thairath

Lamborghini hancur langgar tiang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Sebuah kereta Lamborghini remuk selepas merempuh tiang elektrik di tepi jalan berhampiran stesen MRT Bang Rak Noi Tha It di Nonthaburi, Thailand, awal pagi semalam, lapor laman berita Thaiger.

Polis berkata, pasukannya menerima panggilan kecemasan sekitar pukul 1.30 pagi (waktu tempatan) sebelum menemukan supercar Lamborghini Huracan dalam keadaan bahagian hadapan remuk teruk.

Pemandu merupakan seorang lelaki berusia sekitar 45 hingga 50 tahun, manakala seorang penumpang wanita berusia sekitar 30 tahun berada bersamanya.

Kedua-dua mereka cuma mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.

Penyiasat mendapati, Lamborghini itu hilang kawalan sebelum merempuh tiang elektrik di tepi jalan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN