fbpx
Gambar hiasan.

Kelibat harimau: Bukit Bangkong ditutup sementara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAPAH – Kawasan rekreasi aktiviti mendaki popular Bukit Bangkong, Chemor, Ipoh ditutup sementara susulan dikesan terdapat kelibat harimau yang mengakibatkan dua lembu ternakan mati dan lima lagi hilang sejak Sabtu, minggu lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, kawasan itu dan persekitarannya masih lagi ditutup bagi sebarang aktiviti riadah sehingga haiwan itu ditemui.

“Saya difahamkan, ada langkah untuk memasang jerat dan umpan untuk harimau ini jadi kita berharap jerat yang dipasang ini berjaya mengumpan haiwan berkenaan untuk keluar dan menangkapnya.

“Jadi, sehingga dia (harimau) tidak dijumpai ini kita masih lagi belum boleh membuka kawasan itu kepada orang ramai untuk keselamatan semua,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya lagi, pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara telah mengarahkan anggotanya dengan kepakaran untuk menjejak harimau itu sebelum berlakunya kejadian yang tidak diingini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN