fbpx
Gambar hiasan.

Kadar keciciran murid turun kepada 0.30 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Dewan Negara dimaklumkan, data Sistem Pengesanan Murid (SiPKPM) sehingga hari ini merekodkan penurunan kadar keciciran murid berbanding tahun lalu.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, kadar keciciran murid di sekolah Kementerian Pendidikan (KPM) adalah 0.30 peratus pada 2025 berbanding 0.33 pada 2024.

“KPM merujuk kepada definisi keciciran iaitu murid warga Malaysia yang berada dalam sistem pendidikan, tetapi keluar daripada sistem sebelum tamat tempoh Pendidikan.

“KPM komited memastikan setiap murid kekal berada dalam sistem pendidikan sehingga tamat persekolahan,” katanya bagi menjawab soalan dikemukakan oleh Senator Abdul Nasir Idris, hari ini.

Dalam pada itu, Kah Woh memaklumkan, KPM akan menambah baik SiPKPM dengan membangunkan Modul Intervensi Murid Cicir dan Murid Berisiko Cicir berintegrasi kecerdasan buatan bermula tahun depan.

Menurut beliau, modul tambahan itu akan menganalisis data penting seperti corak kehadiran, pencapaian akademik, rekod disiplin, dan latar belakang sosio ekonomi keluarga murid.

Jelas beliau, berdasarkan analisis terperinci itu, SiPKPM akan mengesyorkan bentuk intervensi paling sesuai untuk memastikan tindakan susulan lebih berfokus, tepat, berkesan dan seterusnya membantu murid kekal dalam sistem pendidikan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI