fbpx
Satu kebakaran tercetus selepas gempa bumi melanda Bandar Aomori hari ini. - AFP

Gempa bumi kuat gegar utara Jepun, amaran tsunami ditarik balik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TOKYO – Sekurang-kurangnya 10 orang cedera, namun tiada kerosakan besar berlaku selepas gempa bumi kuat menggegarkan utara Jepun dan mencetuskan gelombang tsunami sehingga 70 sentimeter.

Agensi Meteorologi Jepun (JMA) berkata, gempa bumi berukuran 7.6 magnitud yang melanda pada pukul 11.15 malam (waktu tempatan) semalam di luar pantai wilayah Aamori, meningkatkan kemungkinan gegaran serupa atau lebih besar dalam beberapa hari akan datang.

Mereka yang cedera termasuk seorang yang cedera parah di pulau utama utara Hokkaido, demikian menurut Agensi Pengurusan Kebakaran dan Bencana.

Di Hokkaido, seorang wartawan AFP berkata, tanah bergegar dengan kuat selama kira-kira 30 saat apabila penggera telefon pintar berbunyi untuk memberi amaran kepada penduduk.

Rakaman secara langsung menunjukkan serpihan kaca yang berkecai bertaburan di jalan raya.

Kira-kira 2,700 rumah di Aomori terputus bekalan elektrik, lapor agensi berita Kyodo, beberapa jam selepas gempa bumi itu, dan terdapat banyak laporan kebakaran.

Pada mulanya, JMA memberi amaran tentang tsunami sehingga 3 meter yang mungkin menyebabkan kerosakan besar, manakala beribu-ribu penduduk digesa untuk pergi ke tempat selamat.

Namun kemudian, ombak terbesar yang direkodkan berukuran cuma 70 sentimeter dan selepas beberapa jam, amaran itu ditarik balik.

Stesen penyiar awam, NHK ketika memetik seorang pekerja hotel di bandar Hachinohe sebagai berkata, terdapat beberapa kecederaan akibat gempa bumi itu.

Perkhidmatan kereta api laju Shinkansen digantung di beberapa kawasan ketika jurutera memeriksa sebarang kerosakan pada landasan.

Perdana Menteri, Sanae Takaichi awal hari ini menggesa penduduk supaya berhati-hati.

“Sila dengar maklumat daripada JMA atau kerajaan tempatan selama kira-kira seminggu dan bersiap sedia untuk berpindah apabila anda berasa gegaran,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN