KEMAJUAN teknologi global hari ini menuntut inovasi yang bukan sahaja mampu memenuhi permintaan industri tetapi juga mesra alam dan berdaya saing. Dalam konteks ini, penyelidik dari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) mencipta sejarah melalui kejayaan menghasilkan grafit sintetik daripada pelepah sawit (OPF) dan tempurung kelapa sawit (PKS). Menurut ketua penyelidik yang juga Felo Penyelidik Utama di Pusat Kecerdasan Bahan Termaju (CAIM), Profesor Dr. Jose Rajan, inovasi ini bukan sekadar penemuan saintifik tetapi satu transformasi strategik yang membuka peluang baharu……














