fbpx
Anggota APM menangkap ular sawa batik yang menggigit seorang kanak-kanak di sebuah rumah di Kampung Chabang Empat, Panji dekat Kota Bharu, semalam. Foto IHSAN APM

Budak tujuh tahun cedera digigit ular sawa ketika tidur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Seorang kanak-kanak lelaki cedera pada jari telunjuk tangan kanannya selepas digigit seekor ular sawa batik seberat satu kilogram semasa sedang tidur di dalam sebuah bilik di rumahnya di Kampung Chabang Empat, Panji di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, mangsa yang berusia tujuh tahun dikatakan sedang tidur di dalam bilik bersama abangnya sebelum menyedari jarinya sakit.

Ketua Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kota Bharu, Norlinawati Sawaludin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 3.01 pagi sebelum anggota APM begegas ke lokasi kejadian untuk menangkap ular sawa batik itu.

Menurutnya, sebaik tiba di rumah mangsa, reptilia itu didapati berada di tepi almari di dalam bilik tidak jauh dari tempat kanak-kanak itu tidur.

“Anggota APM mengambil masa lima minit untuk menangkap ular sepanjang satu meter itu selepas menggigit jari mangsa.

“Kejadian itu menyebabkan kanak-kanak itu mengalami luka pada jari telunjuk tangan kanannya,” katanya ketika dihubungi Kosmo!, di sini hari ini.

Norlinawati memberitahu, ular sawa batik yang ditangkap itu dibawa balik ke pusat kawalan operasi APM Kota Bharu di Tunjong, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN