fbpx
Anggota bomba bertugas di tempat kejadian di Jakarta hari ini. - AFP

Bangunan pejabat 7 tingkat terbakar, 20 hilang nyawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Satu kebakaran tercetus di sebuah bangunan tujuh tingkat di ibu kota Indonesia, Jakarta hari ini, dengan 20 orang disahkan terkorban, demikian menurut seorang pegawai.

“Api telah dipadamkan, manakala usaha untuk mengosongkan bangunan diteruskan,” kata Ketua Polis Jakarta Pusat, Superintendan Kanan Susatyo Purnomo Condro kepada pemberita.

Menurutnya, kebakaran tercetus di tingkat satu sekitar tengah hari tadi sebelum merebak ke tingkat atas. 

“Sebahagian pekerja sedang makan tengah hari di bangunan itu pada masa tersebut, manakala yang lain telah meninggalkan pejabat,” katanya.

Sehingga petang tadi, jumlah kematian mencecah 20 orang.

“Kami masih menumpukan pada usaha pemindahan mangsa dan melakukan penyejukan kebakaran,” kata Susatyo.

Bangunan itu merupakan pejabat Terra Drone Indonesia, yang menyediakan dron untuk aktiviti tinjauan udara dengan pelanggan dalam sektor perlombongan hingga pertanian.

Rakaman video disiarkan oleh Kompas TV menunjukkan berpuluh-puluh anggota bomba cuba memindahkan orang ramai di dalam bangunan, dengan ada yang membawa beg mayat dari bangunan tersebut.

Beberapa pekerja juga dilihat melarikan diri dari tingkat tinggi bangunan itu menggunakan tangga mudah alih. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN